Jumaat, 24 Mei 2013





1. NASI  


NASI AL-AMBRA   

Untuk 6 hidangan  

Bahan-Bahan

Bahan A: 
1 kg beras basmati (dicuci & direndam selama 30 minit) 
1 batang kayu manis  
3 biji pelaga 
3kuntum bunga cengkih 
3 helai daun pandan (dicuci & dipintal) 
3 sdm minyak kacang 
1/2 cawan susu rendah lemak 
5 ulas bawang putih (dikisar)  
4 sm halia (dikisar) 
1.5 liter air  
1 sdt garam  


Bahan B:
 500 g lobak merah  (dicuci bersih & dipotong dadu) 
400 g kacang buncis (dihiris halus) 
500 g daging lembu tanpa lemak (dikisar) 
3 biji putih telur 
1/2 sdt garam 
1 sdt serbuk lada hitam 

Cara Cara

 Bahan A: • Tumis bawang putih, halia kisar bersama kayu manis, bunga cengkih dan pelaga                                                        
                • sehingga wangi.                                                                                                                                                  
                • Masukkan daun pandan dan susu rendah lemak.                                                                                  
                • Apabila sudah mendidih masukkan beras dan masak sehingga tanak.


Bahan B: • Masak daging di atas kuali hingga separuh kering.
               • Masukkan lobak merah, kemudian masukkan kacang buncis, garam, lada hitam dan putih telur.          
               • Kacau sehingga rata.
               • Campuran daging ini di masukkan ke dalam nasi yang sudah tanak dan dikacau rata.



Bahan-bahan untuk salad:
7 batang lada merah (dikisar halus)
1/4 sdt garam
1/2 sdm gula timbang (brown sugar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sdm daun ketumbar (dihiris)
1 biji jus limau kasturi

                                     
Cara-cara:
• Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.





NASI AYAM BERMADU




Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram Garam dan lada sulah secukup rasa
Tumbuk  5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia

Cara-cara
• Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit. • Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada  
   sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
• Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan    
   sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
• Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu.
   Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).





NASI AYAM 'CLAYPOT'





Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
 2 ulas bawang putih, dicincang
 2 ulas bawang merah, dicincang
 20g ikan masin, dihiris


Bahan-bahan (B)
 250g kepingan ayam
 15g halia muda, dihiris
 4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong
 4 1 sudu besar kicap pekat
 1 sudu besar sos tiram
 1 sudu teh minyak bijan


Cara-cara
• Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
• Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
• Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH
   selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.





 NASI AYAM HAKKA






Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar   Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras
2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih  


Cara memasak:
• Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan
  chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
• Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian
  sewaktu ayam masih panas.
• Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk
  megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
• Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air
  rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
• Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
• Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
• Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.  





NASI AYAM LEBANON





Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong lapan
1/2 camca kecil serbuk kulit kayu manis ( A )
1/2 camca kecil serbuk lada hitam ( A )
1/2 camca kecil serbuk "all spice" ( A )
Sedikit garam 20 biji badam
4 labu bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin besar buah tomato
1 camca besar tomato puri
1/4 cawan kismis hitam
6 buah pelaga ( B )
2 kuntum bunga lawang ( B )
1 batang kulit kayu manis ( B )
3 cawan beras basmati
3 cawan air rebusan ayam Segenggam daun ketumbar dicincang halus
8 camca besar mentega Minyak untuk menggoreng ayam


Cara-cara
• Gaulkan ayam dan bahan A. Panaskan minyak gorengkan badam dan keluarkan sebentar. Masukkan
   ayam dan bawang, goreng sampai garing sedikit.
• Tuangkan tomato puri dan sedikit air.
• Tambahkan garam dan masaklah sampai empuk. Keluarkan ayam dan asingkan sosnya.
• Di periuk yang lain, tumiskan bahan B dengan mentega serta kismis hitam.
• Masukkan kuah tomato, ayam dan air rebusan ayam lalu didihkan.
• Masukkan beras dan garam dan tanaklah umpama masak nasi.
• Apabila masak sajikan bersama ayam, badam goreng dan daun ketumbar di atas.





NASI BERIYANI DAGING/KAMBING





Bahan - bahan NASI BERIYANI
4 tin (tin susu cair)
beras Basmathi
4 tin air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam 1 tangkai daun bawang,daun sadri dan daun pudina sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning Buah pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriyani



Cara-cara
• Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam
   biarkan mendidih.
• Masuk beras yang telah di tos agak- agak nak kering, masukkan kekuma yang telah direndan
  kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah beriyani. tutup dan biar kan api perlahan


Bahan-bahan DAGING BERIYANI
2 kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4 camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4 biji bawang besar goreng hingga garing
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah }dikisar
50 gm halia }
5 kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6 bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6 buah pelaga ] minyak dan
2 batang kulit kayu manis] dikisar halus
1 biji buah pala kering ]
4 tangkai daun pudina }
4 tangkai daun sadri }dimayang halus
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang telah dikisar halus



Cara-cara
• Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci) Masukkan bawang merah, bawang putih dan
  halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam
  dan gaulkan bersama serta perap dalam 1 jam.
• Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng
  dan jagus. Biar di atas api sehingga daging empuk.
• Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan ambil
  minyak tersebut untuk dijadikan tumisan Nasi Beriyani.






NASI BERYANI SAYUR





Bahan-Bahan  
½ cawan beras beriani
400g sayur campuran
2 sudu kecil serbuk perasa ayam
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk masala garam secukup rasa
3 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
air secukupnya
daun sup dihiris secukupnya
1 batang cili merah dihiris
2 helai daun pandan



Cara Cara
• Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam bekas khas untuk ketuhar gelombang mikro. Kemudian
   masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.
• Masukkan minyak sapi dan minyak.
• Kemudian masukkan serbuk masala, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang. Gaulkan sehingga rata.
• Masukkan pula garam, perasa ayam dan sayur campuran. Gaulkan lagi sehingga rata.
• Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 – 4 minit pada panas sederhana.





NASI BUQARI Resepi ini asalnya dari Timur Tengah






Bahan-bahan
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2 garam sedikit aji nomoto jika suka

Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia 1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang bunga
lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri


Cara-cara
• Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan
   rempah campuran.
• Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis,
  garam dan aji.
• Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.
• Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan
  cantik.





NASI BOHARI AYAM







Bahan-Bahan  
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar  rempah bokhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)                



Cara Cara
• Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu
   masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga
   kekuningan.
• Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang
   goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir
   kering.
• Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila
   nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.





NASI DAGANG





Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.



Cara memasak:
• Didihkan air didalam periuk kukusan
• Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
• Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus   • Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
• Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
• Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah,
   bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
• Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
  Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang  


Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)



Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara memasak:
• Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan
   ketepikan.
• Pijarkan minyak di dalam periuk
• Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
• Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
• Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal
  kelapa). Biarkan mendidih
• Masukkan santan pekat dan asam gelugor
• Bila mendidih masukkan gula merah
• Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
• Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.


Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
• Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
• Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol
  dan sambal kelapa.
• Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.  





NASI DHAL BERSAMA MAJERIN




Bahan-Bahan  
2 tin susu beras basmati (direndam selama 20 minit)
 ¾ cawan dal kacang kuda (direndam selama 30 minit)
Sedikit badam dan gajus
¾ tin susu cair carnation
1 ¼ tin air
1 cube ayam
2 biji bawang (di mayang)
6 batang lobak kecil (dipotong ikut suka)
1 cawan majerin yang dicairkan dicampur dengan minyak sayuran
1 sudu makan halia yang dikisar
½ sudu makan lada puteh
Sedikit cengkih, kayu manis, buah pelaga
Beberapa helai daun ketumbar
2 batang serai di titik Garam secukupnya  


Cara Cara
• Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan 2 biji bawang yang di mayang, cengkih, kayu manis, buah
   pelaga, halia kisar, bawang putih kisar dan lada putih, badam dan gajus
• Apabila agak wangi masukkan beras, kacang dal, lobak, susu cair, stock ayam dan air
• Di gaul kesemuanya dan ditutup periuk hingga nasi masak.





NASI GORENG





Bahan-Bahan  
2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam)
1 sudu besar serbuk perasa ayam
200g udang (dibersihkan)
200g isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap cair
2 biji telur
2 sudu besar sayur campuran
1 sudu kecil serbuk lada putih minyak secukupnya
1 batang daun bawang (dihiris)


Cara Cara
• Panaskan sedikit minyak lalu goreng ayam. Kemudian masukkan udang dan telur.
• Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih. •Masukkan sayur campuran dan daun bawang.





NASI GORENG SAYURAN  




Bahan - bahan
800 g nasi putih
1 sudu besar kismis
12 biji buah prune tanpa biji
75 batang Kai Lan dipotong kecil
4 biji cendawan butang dipotong dadu
2 keping cendawan hitam dipotong dadu
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh serbuk lada putih


Cara membuatnya
• Panaskan minyak, masukkan batang Kai Lan, cendawan butang, cendawan hitam dan goreng hingga
   masak. Campurkan nasi dan goreng hingga sebati.
• Masukkan perasa dan gaul rata. Angkat dan hidang.
• Apabila menghidang taburkan kismis dan buah prune  





NASI MINYAK BERKISMIS





Bahan - bahan
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa


Cara membuatnya
• Bersihkan beras dan toskan airnya.
• Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga,
  bunga cengkih dan daun pandan.
• Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
• Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
• Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.





NASI NENAS








Bahan-Bahan  
1 biji bawang hana besar
2 biji bawang putih
1 sudu makan serbuk kunyit – kisar dan tumis hingga wangi
1 sudu makan gula
1 buku stok ayam
50gm udang kering


Cara Cara
• Bersihkan 2 cawan beras dan letak di dalam rice-cooker.Masukkan 2 cawan air dan bahan-bahan yang
  dikisar tadi, biarkan masak.Nenas dibelah dua, dan keluarkan isinya.
• Setelah nasi masak, masukkan nasi ke dalam nenas yang telah dibuang isinya,Tabur dengan kepingan ayam
  dan bawang goreng.  





NASI PAPRIK







Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
 sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa


Cara-cara
• Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
• Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
• Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula
  sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
• Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.





NASI PAPRIK (2)




Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak  


Cara memasak:
• Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api.
  Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi
  ayam/daging.
• Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit.
  hidangkan.  





NASI TOMATO




Bahan-bahan
3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz


Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang  sedikit halia - dimayang  daun pandan  sedikit minyak sapi


Cara-cara
• Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato
  serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
• Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.